Monday, April 26, 2010

Resepi Tat Nenas


Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
125 gm butter
50 gm gula ising
1 biji kuning telur


Cara-cara membuatnya:

1) Masukkan butter dan ising ke dalam bekas dan putar sehingga sebati.
2) Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh. Dah elok lembutnya doh tu, then buleh la buat operasi mengulung tat.

Ikut soka hati la nak buat tat gulung ke..atau nak buat bentuk landak ke apa ke. Mana-mana pon boleh. Dah siap bentuk semua, sebelum masuk oven, sapukan kuning telur atas tat tadi.

Tips: Pakai gula ising dalam pembuatan biskut membuatkan biskut kita lebih ringan dan cair di mulut. Laaaaagi best! macam makan biskut yang memahal gitu. Heheheh.

Lagi satu tips, masa nak sapu kuning telut atas biskut, letak butter sikit dalam kuning telur tu. Itu boleh buat biskut kita lebih 'glossy' atau berkilat.



Cheers,
amysue

1 comment:

  1. owh.. patut la tatnya berkilauan..
    itu rahsianya...
    waduh...waduh..
    dah teringin nak wat kuih tat..
    sedapnya... dah lama tak makan..
    tapi..
    alahai.. bercinte nak buat...
    rajin betul cikgu amysue ni ya..
    bagus..

    ReplyDelete