Monday, April 26, 2010

Resepi Tat Nenas


Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
125 gm butter
50 gm gula ising
1 biji kuning telur


Cara-cara membuatnya:

1) Masukkan butter dan ising ke dalam bekas dan putar sehingga sebati.
2) Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh. Dah elok lembutnya doh tu, then buleh la buat operasi mengulung tat.

Ikut soka hati la nak buat tat gulung ke..atau nak buat bentuk landak ke apa ke. Mana-mana pon boleh. Dah siap bentuk semua, sebelum masuk oven, sapukan kuning telur atas tat tadi.

Tips: Pakai gula ising dalam pembuatan biskut membuatkan biskut kita lebih ringan dan cair di mulut. Laaaaagi best! macam makan biskut yang memahal gitu. Heheheh.

Lagi satu tips, masa nak sapu kuning telut atas biskut, letak butter sikit dalam kuning telur tu. Itu boleh buat biskut kita lebih 'glossy' atau berkilat.



Cheers,
amysue

Saturday, March 6, 2010

Gelang: Pattern Mata Ucing dan Gunung Kinabalu

Okey, kali ni pettern gelang kembali lagi dengan pattern Mata Ucing dan pattern Gunung Kinabalu Hahahah! suuuuuka hati haku je memberi nama kepada pattern tersebut.

Yang di bawah ni pattern Mata Ucing ya. Kerana gelang tersebut adalah campuran kristal dan cat eye stone.

Dari kiri: Mata Ucing wood brown dan Mata Ucing Smoky Grey

Dari atas ke bawah:
MU Clear white
MU Wood Brown
MU Sky blue
MU smoky grey
MU lovely pink
(kalau nak request kaler boleh email saya)
Harga: RM 13 (WM) , RM 10 (EM). Penghantaran melalui pos percuma

Next adalah pattern gung Kinabalu. Untuk buat pattern ni usualy saya pakai 2 saiz kristal.Satu saiz besar dan satu lagi saiz kecik.

Menggunakan kristal saiz besar. Kaler boleh request.
Harga:RM 15 (WM), RM 13 (EM)
Okey yang di bawah ni contoh menggunakan kristal kecik. Selalunya mendapat perhatian daripada golongan remaja.Koz cumel bila di pakai.


Harga sama je dengan yang kristal besar.

Kalau berminat boleh email saya di amysueraya@hotmail.com. Nyatakan pattern mana yang anda nak dan kalernye. Juga sertakan saiz tangan anda ye. Sukat guna inchi ye.


Cheers,
amysue

Resepi Kek Chocolate Moist

Okey hari ni share resipi chocolate Moist Cake, dan gambar di bawah ni saya buat dalam versi cup cake. Resepi sama je. Ku post resepi ini juga berikutan permintaan kazenku Nining akibat beliau terlalu kesedapan terhadap rasa kek ini. Ada aura katanya.

Huhuhu aura untuk membuka bekas kek ni semasa kenduri kawen sepupu saya last week di mana ketika itu kek masih duduk elok di dalam bekas dan belum tiba masanya lagi untuk di hidang. Huhuhu pandai betol ek mendetect port kek. Padahallll memang tengah lapar kan dan memang tengah menyelongkar bekas untuk cari benda nak di makan. Hahahahha!

Align CenterChocolate Moist Cup Cake

Bahan-bahan:

300 gm butter
300 gm tepung gandum
300 gm gula kaster
350 gm air sejuk
85 gm serbuk coklat/koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh esen vanilla
4 biji telur (kuning+putih)
2 biji kuning telur sahaja

Topping:
1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk coklat/ koko
1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Masukkan butter dan gula kaster. Kemudian pukul sehingga sebati.
2. Selepas tu masukkan telur satu persatu (4 biji telur yang lengkap dan 2 biji kuning telur sahaja) dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati. Seperti gambarajah di bawah

3. Kemudian di dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk soda bikarbonat dan serbuk coklat. Gaul-gaulkan. Untuk mengelakkan coklat dan tepung berketul-ketul, maka adalah elok kamu ayak campuran tersebut sebanyak 2 kali. Huhuh agak-agak cam malas, takde masalah sebenarnya. Cuma kadang-kadang masa kau makan kek tu kang ada lah kau terasa benda berketul-ketul. Kejap cam rasa coklat..kejap-kejap cam tepung aje semata-mata. Ha cenggitu la.

Tepung, soda bikarbonat dan serbuk coklat sedang digaul

4. Okey, sekarang sediakan air sejuk. Kalau tak berapa nak sejuk takpe.Air biasa pon ok. Pastu masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan butter tadi. Di selang selikan dengan air ye. Jangan kau main tuang semua tepung tu dan kau bantai tuang semua air tu. Sabar..jangan gelojoh ye.

Kau masukkan tepung sedikit then kau taruk air.Gaul.Dah gaul ulang lagi langkah tadi sampai la habisss.
Macam ni ye

5. Bila dah habis semua masukkan esen vanilla. Gaul la sampai sebati. Dah sebati, pegi amik loyang yang untuk buat cup cake dan sediakan lah paper cup tu. Then tuang la skit ke dalam paper cup. Macam pic di bawah.

6. Untuk hiasan seperti gambarajah yang 1st tu, saya taburkan almond nib. Sebab saya tak nak letak topping. Kenapa saya taknak letak topping? koz topping tu kan ala2 cair..so kalau nak pack cupcake ni dalam bekas susah. Jadik saya tak letak topping

untuk membuat topping pula, em yela kalau buat kek ni dalam loyang biasa kira boleh la tuang tuang toping atas kek. Pastu potong-potong la kek tu. Wallaaaahh! sodap gilo raso eh.

Cara buat toping lak. Semua bahan-bahan topping tu masukkan ke dalam periuk. Kemudian panaskan atas api. Make sure sentiasa kacau eh. Kang hangus lak. Kacau sehingga likat dan kilat.Heheh.Pastu siap ah. Tak payah double boiler. Dengan syarat kacau secara terus.

Ok dah siap!.. harap-harap bila anda mencuba, especially kamu Nining, kek anda akan menjadi. Sonang yo nih.

Cheers,
Amysue

Tuesday, February 16, 2010

Resepi Blueberry Cheese Cake

Okey, hari ni nak share resepi blueberry cheese cake yang saya buat petang tadi. Actually resepi ni pun saya dapat hasil daripada blogwalking. Masuk punya masuk orang punya blog, maka dapat lah resepi ni. tapi sayangnya, saya lupa tuan empunya resepi cake ni. Dah bercampur aduk dah. Tak tahu mana satu blog tuan nya. Maka nak bagi credit la yer dekat tuan empunya resepi ni. Maaf yer.

Inilah dia rupa bentuk mukabumi blueberry cheese caka saya. Tak berapa nak menggiurkan kut. Tapi sila la percaya bahawa rasanya sangat la SEDAP!!! makan terus rasa macam nak pengsan. heheh


So ini lah resepinya..

Bahan-Bahan

Bahan A (Base)

Biskut Marie + Biskut Oreo (buang inti)
1/2 cawan mentega (dicairkan)

Bahan B (Cheese cream)

500 gm cheese cream
1/3 cawan gula kastor
3 sudu gula perang
2 sudu susu tepung
1 camca teh esen vanilla
1 cawan whipping cream
Blueberry filling

Cara membuat:

1. Hancurkan biskut marie dan biskut oreo (buang inti)..kalau nak blend boley juga. Cuma maybe kalau blend dia jadik halus sangat. Kalau main tumbuk ngan lesung batu (heheheh! saya guna cara ganas sikit) tak berapa nak halus. Lagi sedap sebab tekstur kasar-kasar.

2. Dah hancurkan seperti di atas, gaulkan dengan mentega yang telah dicairkan. Gaul rata.

3. Masukkan biskut yang telah digaul dengan mentega tadi ke dalam loyang. Pastu tekan-tekan bagi rata. Biarkan sementara.

4. Kemudian masukkan semua bahan B (kecuali blueberry filling tu) tadi ke dalam bowl. Then putar hingga sebati.

5. Kemudian masukkan beberapa sudu blueberry filling (ikut suka nak letak banyak ke sikit). Saya letak sikit jela. asal nampak je koz nanti nak sapu pulak blueberry atas cheese cake tu. Pastu kaup-kaupkan adunan cheese cream tu. Tak payah adun sebati sangat dengan blueberry tu. Buat macam kat dalam gambarajah tu je.

6. Pastu masukkan lah adunan cheese cream tu ke dalam loyang yang dah kita letak base tadi tu. Then ratakan. Kalau nak hias dengan blueberry filling tu jangan hias dulu. Beberapa jam nak makan baru letak. Bagi keras dulu Cheese cream tu. Kalau nak hias ngan benda lain pun boleh.

7. Masukkan ke dalam peti ais. Biar selama 4 jam atau lebih. Pastu boleh makan! senang je kan??


Selamat mencuba!


Cheers,
Amysue

Tuesday, February 9, 2010

Nanti saya update ye..

Huuuu..lama tak menjengah rumah kedua saya ni. Em..perlukan satu hari yang perfect untuk hias dan update rumah ni.

Dalam masa ni terdekat ni saya akan update ngan pattern gelang terbaru dan insyaAllah resepi cupcakes.


Cheers,
Amysue

Friday, January 15, 2010

Resipi cupcake marble

Marble Mini Cupcakes

Hehhehehe..tiba-tiba terasa mood nak share resipi cupcake Marble yang selalu orang tempah dekat saya. Tanpa decoration pun mampu mendapat tempahan hebat semasa cuti sekolah dan sehingga sekarang. Hahahha! saja taip ayat cenggitu. Terasa macam baru lepas minum pati ayam brand pula bila menaip perkataan 'hebat'..ya..aku la juara..

Okey, mari kita lihat apa bahan2nya

1 1/2 cawan Butter
1 1/2 cawan gula caster **kalau taknak manis, sila kurangkan ye.Adalah lebih digalakkan**
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
1/2 sudu makan ovalet/emulsifier **optional..takyah letak pon jadik gak.Kira kalau nak bagi empuk..pakai la**
1 sudu teh esn vanila
1 sudu teh baking powder

Bahan lain:
Paper cup
Almond Nib (bakar terlebih dahulu)
Serbuk Coklat/pewarna
Piping beg

Cara membuatnya:
1) Pukul butter bersama gula sehingga sebati
2) Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi sehingga kembang
3) Masukkan ovalet. Then pukul lagi
4) Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla
5) Benti pukul ngan mixer. Sekarang gaul adunan guna spatula..xpun pakai sudu besar ke hape ke..gaul secara manual. Nak elak butter+gula+telur daripada terpinggir kat bawah dan tak teradun sebati ngan tepung. Kalau ini terjadi, maka kek kowang akan berminyak nanti.
6) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian korang letak serbuk coklat sedikit. Dalam satu sudu makan.Kalau nak senang bubuh pewarna coklat jek. Tapi saya siap letak browning dan serbuk coklat. Supaya ada rasa skit.
7) Adunan yang satu lagi biarkan brperisa dan kaler yang asal.

Masukkan adunan mengikut kaler ke dalam piping beg.Pump adunan perisa coklat tu kat dalam paper cup.pump sebelah jek. Kasik simpan sikit space untuk adunan vanilla.


Ini la bentuk mukabumi adunan coklat dan vanilla yang telah siap di pump ke dalam paper cup.

Pastu pegi amik pencungkil gigi. ..amik yang bersih hokey. Jangan pulak korang main kutip je kat memana. Hahaha! ok..sambung. Menggunakan pencungkil gigi tu korang wat la swirl..bagi pusing2 supaya 2 kaler tersebut bercampur dengan lebih cantik dan teratur gitu.

Hokey dah siap main pusing2..pastu kalau nak sedap korang benamkan la beberapa bijik choc chip. Tapi kalau kosong pon sodap jugak. Saya selalu tabur Almond Nib.

Hokey, dah ready nak masuk oven. Em suhu....suhu standard la nak bakar kek. Hahahha! tak reti saya bab suhu menyuhu ni. Koz oven saya tu dah agak season yang sampai label2 suhu pun dah terpadam. Selalu saya bakar dalam 15 minit jek. Cupcake cepat masak. Tak pun ko cek la dengan pakai pencungkil gigi. Kalau ko cucuk n tgk ada lagi adunan melekat, kire tak masak lagi la tu.

Okey selamat mencuba. Saya pun dalam minggu depan kena buat untuk tempahan kenduri kawin customer.

Satu adunan ni leh dapat dalam lebih kurang 155 biji la and saya jual lak dalam 50 sen sebijik. Lau banyak dalam 400++ bijik amik 40 sen. Saket pinggang dowh wat mende kecik2 ni. Tapi..berbaloi2!


Cheers,
Amysue